Isnin, 16 Julai 2012

Karangan Autobiografi

                   Aku Sebuah Kereta

Nama aku Perwira. Aku ialah sebuah kereta buatan Malaysia. Aku dibuat daripada besi, plastik, getah dan kaca. Aku mempunyai badan, stereng, kerusi dan roda. Stereng, brek dan pemacu aku berfungsi sebagai alat mengawal kenderaan.
Aku dibuat di sebuah kilang kenderaan di Shah Alam. Setelah semua komponen badanku lengkap dipasang, aku diuji dari segi ketahanan dan kualiti. Setelah siap diperiksa, aku dihantar ke pusat pameran jualan kereta.
Sampai sahaja di pusat pameran menjual kereta, aku dan kawan-kawanku dipamerkan di ruang yang disediakan.
Badanku berwarna merah dan berharga RM55,000. Sejak hari itu, aku dan kawan-kawanku menunggu untuk dibeli oleh pelanggan. Pada suatu hari, datang seorang wanita yang hendak membeli sebuah kereta untuk kegunaannya sendiri. Dia tertarik akan warna aku. Setelah meneliti keistimewaan aku, dia pun membeli aku.
Kemudian, aku dipandu pulang ke rumahnya. Dia menggunakan aku hampir setiap hari tanpa henti. Saban hari aku digunakan oleh tuanku untuk pergi bekerja dan menghantar anaknya ke sekolah.
Aku sangat berbangga kerana dapat berkhidmat kepada tuanku.Begitulah riwayat hidupku sebagai sebuah kereta.

Karangan Autobiografi

 AKU SEBUAH KAPAL TERBANG 


                  Namaku Great. Aku ialah sebuah kapal terbang persendirian. Aku dilahirkan di sebuah kilang di luar negara iaitu di Amerika. Setelah lengkap semua anggota badanku dipasang,aku dicat dengan warna kegemaranku iaitu,merah. Aku kemudiannya dieksport ke Malaysia menggunakan sebuah kapal laut yang besar. Sekarang,aku sudah menjadi warganegara Malaysia.
                 Setibanya di Malaysia,aku dihantar ke ruang pameran kapal terbang persendirian yang terbesar di sini. Aku dipamerkan bersama-sama rakan-rakanku yang lain. Selama aku di sini,akulah yang selalu mendapat perhatian dan pujian orang ramai.Mereka kagum dan tertarik akan rupa parasku. 
                 Kawan-kawanku sering iri hati terhadap aku. Setelah dua minggu aku di ruang pameran itu,akhirnya aku terpaksa meninggalkan kawan-kawan yang telah menjadi sebahagian daripada hidupku. Aku dibeli oleh seorang jutawan ternama. 
                 Nama tuanku ialah Tan Sri Kamil. Aku dipandu pulang ke rumahnya yang terletak di Sri Hartamas oleh seorang juruterbang yang berpengalaman luas. Tugas aku adalah untuk membawa tuanku atas urusan kerja.
                Selain itu, aku turut digunakan untuk membawa tuanku melancong sama ada di dalam Malaysia atau di luar negara. Aku dijaga dengan baik bagai menatang minyak penuh.
                Aku sangat bangga kerana  mempunyai seorang tuan yang baik dan aku berpeluang menaburkan bakti kepadanya.

Tatabahasa Antonim / Perkataan Berlawan



Arahan: Pilih perkataan yang berlawanan maknanya 
             dengan perkataan yang bergaris.

1. Penggunaan internet tumbuh agak pesat sejak
    akhir-akhir ini.
    A lewat                       B lembap
    C malap                        D suram

2. Perkembangan internet di negara ini amat
    membanggakan kita.
    A menyerlahkan           B menyusahkan
    C mengagumkan            D mengecewakan

3. Internet berupaya menyediakan pelbagai saluran
    maklumat.
    A terdaya                    B lemah
    C gagal                        D tidak

4. Internet sangat luas penggunaannya.
    A lebar                        B kecil
    C terhad                      D besar

5. Penggunaan internet dikatakan dapat menjimatkan kos.
    A mencermatkan          B menaikkan
    C merugikan                 D mengurangkan

6. Kita boleh menerima pesanan melalui e-mel.
    A memasuki                 B menghantar
    C menulis                     D mengeluarkan

Tatabahasa Kata Ganti Nama Diri



Arahan: Pilih jawapan yang paling sesuai.


1. “________ ditangkap kerana mencuri,”kata Rizal
    sambil menunjuk ke arah pemuda berambut panjang
    itu.
     A  Mereka                              B Kami
     C  Beliau                                 D Dia

2. “________berharap agar rakyat bersatu padu,” titah
    Sultan  Mahmud.
     A  Tuanku                              B  Hamba
     C   beta                                  D Baginda

3. Hitamkan ruang pada kertas jawapan ________.
     A  awak                                  B  engkau
     C   anda                                  D beliau

4. “Adakah ________ pernah ke negeri Perlis?” tanya
     cikgu kepada murid-muridnya.
     A  beliau                                B  kita
     C   kalian                                D mereka

5. ________ sebagai pihak pembangkang  tetap
    membangkang tajuk ini.
     A  Kita                                   B  Beliau
     C   Kami                                  D Aku

6. “________ mestilah berdiri tegak semasa
    menyanyikan lagu Negaraku,” kata ketua pelajar.
     A  Kami                                  B  Kita
     C   kamu                                 D awak


Bacaan dan Soalan Kefahaman Teks Surat Kiriman Rasmi


Baca surat rasmi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Kelab Pencinta Alam,
Sekolah Kebangsaan Kampung Ladang,
73450 Gemas,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
__________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kampung Ladang ,
73450 Gemas,
Negeri Sembilan Darul Khusus.                      14 MAC 2012.

Tuan,

Memohon Peruntukan untuk Projek “Sungai Kita Nadi Kita”

Dimaklumkan bahawa Kelab Pencinta Alam telah mencapai kata putus dalam mesyuarat baru-baru ini untuk mengadakan projek “Sungai Kita Nadi Kita” secara gotong-royong.

2.         Projek ini bertujuan untuk memupuk kecintaan masyarakat terhadap kebersihan melalui kegiatan membersihkan sungai.  Sungai yang terlibat dalam projek ini ialah Sungai Berkat, iaitu sungai di belakang sekolah ini. Sungai Berkat akan dijadikan sebagai “projek anak angkat” Kelab Pencinta Alam. Pelaksanaan projek ini diharapkan dapat membuka jalan untuk mendidik masyarakat kita agar lebih mengambil berat terhadap kebersihan sungai dan alam sekitar.

3.         Bagi melancarkan perjalanan projek ini, pihak kelab ingin memohon bantuan kewangan dan peralatan daripada pihak sekolah. Bersama-sama dengan surat ini saya lampirkan laporan belanjawan dan senarai peralatan yang kami perlukan.

4.         Saya amat berbesar hati jika pihak tuan dapat menimbangkan permohonan ini. Saya berharap agar jawapan tersebut dapat saya peroleh sebelum 28 Mac 2012. Kerjasama dan sokongan tuan amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

   Haris Hafiz

(HARIS HAFIZ)
Setiausaha,
Kelab Pencinta Alam.




1.
Surat ini merupakan

A           
surat aduan

B
surat rayuan  

C
surat undangan

D
surat permohonan



2.
Maksud rangkaian kata-kata mencapai kata putus ialah

A         
selesai
B
sepakat
C
berunding
D
bercadang



3.
Kelab Pencinta Alam memilih Sungai Berkat mungkin sekali kerana

A           
sungai tersebut mengalami pencemaran yang teruk.
B
sungai tersebut terletak berdekatan dengan sekolah.
C
sungai tersebut belum pernah dijadikan “anak angkat” kelab.
D
sungai tersebut sentiasa menjadi sebutan penduduk setempat.


4.
Apakah harapan Kelab Pencinta Alam melalui kegiatan tersebut?

A           
Guru Besar sekolah dapat meluluskan permohonan itu.
B
Peruntukan itu dapat diterima sebelum 28 Mac 2012.
C
Masyarakat setempat bersedia untuk memberikan kerjasama.
D
Masyarakat akan lebih peka terhadap kebersihan alam sekitar.


5.
Peralatan yang berikut mungkin diperlukan dalam projek ini kecuali

A           
cangkul
B
kereta sorong
C
kompas
D
pongkes












Jumaat, 6 Julai 2012

Bacaan dan Soalan Kefahaman Teks Cerita


Baca cerita di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

“Apa yang kamu intai-intai itu, Hana?” tanya Suhaila sambil mencuit bahu Suhana yang berada di tepi tingkap dapur.

“Oh, Kak Su! Terkejut Hana. Hana sedang memerhatikan rumah Mak Cik Malar. Mengapa rumahnya gelap saja, sedangkan tingkapnya terbuka?  Setahu Hana, Mak Cik Malar pasti menutup tingkap sebaik sahaja senja menjelang,” kata Suhana kepada Suhaila.

Suhaila segera melihat ke arah rumah Mak Cik Malar. Dahinya berkerut seperti memikirkan sesuatu. “Yalah, Hana. Kalau Mak Cik Malar tiada di rumah, tentu dia menutup tingkap rumahnya sebelum keluar. Jangan-jangan ada sesuatu yang berlaku kepadanya,” kata Suhaila.

“Hana pun berfikir begitu. Mari kita jenguk Mak Cik Malar, kak,” ajak Suhana. “Hana risau,” kata Suhana perlahan seolah-olah berkata kepada dirinya.  Suhaila hanya mengangguk lalu menuju ke pintu. Suhana mengekorinya.

Mereka keluar melalui pintu dapur.  Selepas pintu ditutup, mereka berjalan ke rumah Mak Cik Malar dengan pantas.  Apabila sampai di bahagian dapur rumah Mak Cik Malar, Suhaila terus mengetuk pintu sambil memanggil Mak Cik Malar beberapa kali. Sementara itu, Suhana menuju ke tingkap yang terbuka lalu menjenguk ke dalam rumah.

“Ya Allah, Kak Su! Mari sini. Mak Cik Malar terbaring di lantai tu,” jerit Suhana dengan suara yang cemas.  Matanya terpaku memandang Mak Cik Malar yang terbaring kaku di lantai dapur.  Namun, perasaan lega muncul di hatinya apabila ternampak enjutan perlahan pada dada Mak Cik Malar. “Mak Cik Malar masih bernafas,” kata hati Suhana.

Suhaila yang entah bila berada di sisinya tiba-tiba bersuara, “Hana tunggu di sini sekejap. Biar Kak Su panggil emak dan abah.” Tanpa menunggu sebarang jawapan, Suhaila berlari        ke rumah.         

Suhana berdiri di tingkap itu. Dia terus memerhatikan Mak Cik Malar sambil memanggil namanya. Suhana berharap agar Mak Cik Malar mendengar panggilannya lalu membuka mata. Suhana ingin melihat senyuman ramah Mak Cik Malar seperti yang lazim dilihatnya.


1.
Apakah hubungan di antara Suhaila dengan Suhana?


A           
anak-beranak

B
adik-beradik 

C
jiran tetangga 

D
handai taulan 


2.
Mengapakah tingkap rumah Mak Cik Malar terbuka?


A           
kerana senja belum menjelma

B
kerana Mak Cik Malar berpenyakit 

C
kerana Mak Cik Malar menunggu kedatangan Suhana 

D
kerana Mak Cik Malar tidak dapat menutupnya 


3.
Di manakah rumah Mak Cik Malar?

A           
di belakang rumah Suhaila dan Suhana
B
di tepi tingkap rumah Suhaila dan Suhana 
C
di bahagian dapur rumah Suhaila dan Suhana 
D
di hadapan rumah Suhaila dan Suhana
  

4.
Manakah antara yang berikut yang menunjukkan sikap Suhaila dan Suhana?

A           
jujur
B
berani 
C
prihatin 
D
peramah 


5.
Pada pendapat anda, apakah yang berlaku kepada Mak Cik Malar?

A           
tertidur di dapur rumahnya
B
diserang penyakit yang melemahkan anggota badannya 
C
baring-baring untuk merehatkan badan 

Rabu, 4 Julai 2012

Perkembangan terkini Blog Cikgu Zalifah

Hari ini berjaya membuat pautan blog beberapa orang rakan-rakan kelas Pengajian Melayu 3 (PM3). Masih belum berjaya menambah jam, meter pelawat dan lain-lain kerana sibuk dengan tugasan di sekolah dan di rumah...Akan diusahakan dalam masa terdekat ini.