Baca cerita di bawah ini dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
“Apa yang kamu intai-intai itu,
Hana?” tanya Suhaila sambil mencuit bahu Suhana yang berada di tepi tingkap dapur.
“Oh, Kak Su!
Terkejut Hana. Hana sedang
memerhatikan rumah Mak Cik Malar. Mengapa rumahnya gelap saja, sedangkan
tingkapnya terbuka? Setahu Hana, Mak Cik
Malar pasti menutup tingkap sebaik sahaja senja menjelang,” kata Suhana kepada
Suhaila.
Suhaila
segera melihat ke arah rumah Mak Cik Malar. Dahinya berkerut seperti memikirkan sesuatu.
“Yalah, Hana. Kalau Mak Cik Malar tiada di rumah, tentu dia menutup tingkap
rumahnya sebelum keluar. Jangan-jangan ada sesuatu yang berlaku kepadanya,”
kata Suhaila.
“Hana pun
berfikir begitu. Mari kita jenguk Mak Cik Malar, kak,” ajak Suhana. “Hana risau,”
kata Suhana perlahan seolah-olah berkata kepada dirinya. Suhaila hanya mengangguk lalu menuju ke
pintu. Suhana mengekorinya.
Mereka
keluar melalui pintu dapur. Selepas
pintu ditutup, mereka berjalan ke rumah Mak Cik Malar dengan pantas. Apabila sampai di bahagian dapur rumah Mak Cik
Malar, Suhaila terus mengetuk pintu sambil memanggil Mak Cik Malar beberapa
kali. Sementara itu, Suhana menuju ke tingkap yang terbuka lalu menjenguk ke
dalam rumah.
“Ya Allah,
Kak Su! Mari sini. Mak Cik Malar terbaring di lantai tu,” jerit Suhana dengan
suara yang cemas. Matanya terpaku
memandang Mak Cik Malar yang terbaring kaku di lantai dapur. Namun, perasaan lega muncul di hatinya apabila
ternampak enjutan perlahan pada dada Mak Cik Malar. “Mak Cik Malar masih
bernafas,” kata hati Suhana.
Suhaila yang
entah bila berada di sisinya tiba-tiba bersuara, “Hana tunggu di sini sekejap.
Biar Kak Su panggil emak dan abah.” Tanpa menunggu sebarang jawapan, Suhaila
berlari ke rumah.
Suhana
berdiri di tingkap itu. Dia terus memerhatikan Mak Cik Malar sambil memanggil
namanya. Suhana berharap agar Mak Cik Malar mendengar panggilannya lalu membuka
mata. Suhana ingin melihat senyuman ramah Mak Cik Malar seperti yang lazim
dilihatnya.
1.
|
Apakah hubungan di antara
Suhaila dengan Suhana?
|
|
A
|
anak-beranak
|
|
B
|
adik-beradik
|
|
C
|
jiran tetangga
|
|
D
|
handai taulan
|
2.
|
Mengapakah tingkap rumah Mak
Cik Malar terbuka?
|
|
A
|
kerana senja belum menjelma
|
|
B
|
kerana Mak Cik Malar
berpenyakit
|
|
C
|
kerana Mak Cik Malar menunggu
kedatangan Suhana
|
|
D
|
kerana Mak
Cik Malar tidak dapat menutupnya
|
3.
|
Di manakah
rumah Mak Cik Malar?
|
A
|
di
belakang rumah Suhaila dan Suhana
|
B
|
di tepi
tingkap rumah Suhaila dan Suhana
|
C
|
di
bahagian dapur rumah Suhaila dan Suhana
|
D
|
di hadapan
rumah Suhaila dan Suhana
|
4.
|
Manakah antara yang berikut
yang menunjukkan sikap Suhaila dan Suhana?
|
A
|
jujur
|
B
|
berani
|
C
|
prihatin
|
D
|
peramah
|
5.
|
Pada
pendapat anda, apakah yang berlaku kepada Mak Cik Malar?
|
A
|
tertidur di dapur rumahnya
|
B
|
diserang
penyakit yang melemahkan anggota badannya
|
C
|
baring-baring untuk merehatkan
badan
|