Faedah
Menabung
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk
masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi
banyak faedah kepada kita.
Antara kebaikan menabung ialah kita dapat
mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala
perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah.
Justeru, baki duit yang diberi oleh ibu
dan bapa dapat disimpan ke dalam tabung.
Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini
boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan
pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli
barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga
dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu.
Menabung juga dapat membantu
keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh
digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan
jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak
perlu meminta-minta kepada orang lain.
Menabung juga boleh menambahkan
wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat
sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk
menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan
tidak menyusahkan orang lain.
Sesungguhnya
menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, “ingat
sebelum kena, jimat sementara belum habis”. Oleh itu , mulalah menabung dari
sekarang kerana “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan