Ucapan sempena Hari Guru.
Salam sejahtera saya ucapkan
kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya
sebagai wakil murid,ingin mengucapkan
selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.
Hadirin sekalian,
Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih
sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk
kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu
marilah kita menghargai jasa guru.
Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita
hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah
besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu
mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.
Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita
mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan
patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.
Rakan-rakan yang dikasihi,
Guru adalah orang yang sering
memberi semangat kepada kita untuk
rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang
kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu,guru adalah pendidik yang sangat
berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.
Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru
ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang
kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik
kami dengan sabar .
Sekian , terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan